www.AlvinAdam.com

Liputan 24 Aceh

Subscribe Here!

Enter your email address. It;s free!

Delivered by FeedBurner

Sentuhan lelaki

Posted by On 11:41 PM

Sentuhan lelaki

Yusliza Yakimir Abd Talibyusliza@hmetro.com.my

Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa acara memotong kek, malah ia kini seakan-akan menjadi atur cara wajib buat pasangan pengantin tanpa mengira bangsa.

Daripada perkahwinan serba sederhana hinggalah gilang-gemilang, kek memainkan peranan penting bagi memeriahkan sesebuah majlis.

Oleh itu, sejak awal persediaan majlis itu lagi, kek turut menjadi agenda utama dari segi pemilihan tema, warna hinggalah dekorasi sebagai nadi pelengkap pada hari bahagia pasangan mempelai.

Melihat kepada potensinya dan permintaan tinggi di pasaran, ramai yang mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan, malah kaum Adam juga tidak ketinggalan menguasai bidang itu.

Ramai yang masih tidak mengetahui bahawa golongan lelaki juga sebenarnya mempunyai sentuhan tersendiri dalam menghasilkan dekorasi kek kerana mereka lebih mementingkan kesempurnaan.

Masyarakat masih mempunyai pers epsi hanya wanita yang lebih kemas dan teliti dalam menghasilkan sesuatu dekorasi kek, tetapi hakikatnya golongan lelaki juga mempunyai kreativiti tersendiri.

Perkara itu diakui pengusaha kek, Wan Noor Zamran Hashim, 46, bahawa rekaan kek ada seninya tersendiri dan tidak semua orang mampu menghasilkan rekaan unik tanpa pengetahuan yang meluas.


SARIMAH (tiga dari kiri) dan Wan Noor (dua dari kanan) memberi tunjuk ajar kepada kakitangan bagi menghasilkan biskut terbaik.

Katanya, sekadar cuba-cuba tanpa minat yang mendalam tidak memungkinkan seseorang pengusaha kek menghasilkan dekorasi terbaik.

“Bagi saya, menghasilkan kek yang unik dan lain daripada kebiasaan lebih memberi kepuasan di samping mahu pelanggan berpuas hati dan teruja dengan seni dekorasi yang ditonjolkan,” katanya yang turut mengetengahkan idea menghasilkan k ek fondant berbentuk beg tangan serta pelbagai rekaan mengikut cita rasa pelanggan.

Lukisan penghias kek

Wan Noor yang mengusahakan studio kek, Mad About Cake di Petaling Jaya, Selangor mengakui bukan mudah menempa nama dalam bidang itu, sebaliknya banyak cabaran yang perlu ditempuh terutamanya apabila berdepan persaingan dalam kalangan pengusaha kek dan pastri yang semakin bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun baginya, setiap pengusaha pasti memiliki kelebihan dan keunikan tersendiri, jadi dia perlu bijak dalam memastikan rekaannya sentiasa relevan dengan kehendak pasaran.

Selain menjadi tenaga pengajar di Food Institute of Malaysia di Kelana Jaya, pengetahuannya bukan calang-calang, Wan Noor turut mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perhotelan dan mengendalikan pembuatan pastri.


WAN Noor m enyiapkan sentuhan terakhir kek perkahwinan selebriti.

Menurutnya, dia mula serius menjalankan perniagaan dalam bidang itu apabila mendapat tempahan kali pertama daripada rakannya selepas berhenti kerja di bidang perhotelan.

“Rakan meminta saya membuat kek perkahwinannya dan sebaik saja majlis itu selesai, saya menerima dua lagi tempahan kek perkahwinan yang menjadi detik permulaan pembukaan Mad About Cake.

“Melihat kepada tempahan kek yang semakin meningkat, saya mengajak Zam Akmal menjadi rakan kongsi sekitar 2008. Bermula hanya seorang diri di rumah, pada 2006 barulah saya mengambil dua orang pekerja,” katanya.

Kini Zam Akmal, 32, menerajui bahagian kreatif terutama dalam menghasilkan lukisan yang menjadi sebahagian daripada dekorasi kek.


ZAM Akmal menerajui bahagian kreatif.

Wan Noor berkata, bermula daripada pembuatan kek jenis fondant, kini pihaknya menyediakan pelbagai jenis kek yang turut mempunyai evolusi dekorasi kek bagi menjadikan produk keluaran mereka unik.

“Kami juga sudah berpindah ke studio kek di Petaling Jaya tiga tahun lalu kerana rumah yang digunakan sebelum ini tidak lagi dapat menampung kapasiti tempahan yang berkembang secara konsisten,” katanya.

Usaha adik-beradik

Langkahnya maju setapak apabila dia membuka cawangan kedua di Johor Bahru selepas mendapat ilham ketika mengerjakan umrah pada 2015, selain didorong sanak saudara yang ramai menetap di negeri itu.

Kebetulan kakaknya, Sarimah K Rasor, 53, memang menetap di negeri itu dan berminat membantunya menguruskan cawangan berkenaan.

Sarimah yang berpengalaman dalam bidang masakan turut menjadi tenaga pengajar pembuatan kek dan bakeri di negeri itu.

Bagi Sarimah, meskipun ada kalanya terdapat percanggahan pendapat dengan adiknya dalam memperkukuhkan operasi syarikat, namun dia m erasakan perniagaan bersama adik-beradik lebih banyak kelebihannya.


ANTARA dekorasi kek mewah yang dihasilkan.

“Kami sering bertukar pendapat dan memberi galakan antara satu sama lain. Masing-masing mahukan yang terbaik untuk syarikat. Tiada istilah iri hati sebaliknya kami berganding bahu untuk melihat kejayaan dan membina empayar perniagaan makanan yang dikenali suatu hari nanti,” katanya.

Terbaru, mereka turut membuka kedai biskut di Lapangan Terbang Senai, Johor. Selain kek, mereka turut menghasilkan biskut cip coklat ‘Cookies Most Wanted’ secara komersial sejak tiga tahun lalu.

“Selepas sambutan memberangsangkan diterima ke atas kek, kami mengorak setapak lagi ke depan dengan menghasilkan biskut. Menggabungkan bahan utama seperti koko dan cip coklat, biskut dibuat secara manual tanpa penggunaan mesin bagi mengek alkan kesegarannya.

“Kami berjaya membuktikan biskut hasil buatan tangan mampu setanding produk antarabangsa. Syukur dengan resipi kami sendiri, biskut ini menerima sambutan menggalakkan,” katanya.

Wan Noor berkata, dia berharap perniagaan kek dan biskut diusahakan terus berkembang maju dan mendapat sambutan daripada penggemar manisan dan pastri.


PREMIS Mad About Cake terbaru di Lapangan Terbang Senai, Johor.Sumber: Google News | Liputan 24 Calang

Next
« Prev Post
Previous
Next Post »